Pendedahan siapa Sidek Baba:
Pejuang Islam: Orang kesayangan Anwar Ibrahim
oleh: Hj Omar Abd Rahman, Ipoh, Perak. 1 Apr 2013
Saya mengenali Sidek Baba
sejak 1977 bila saya menjadi Mahasiswa Universiti Malaya dan Sidek menjadi AJK
Minggu Orientasi-UM.
Kami panggil dia Cikgu
Sidek kerana dia sudah dewasa umurnya.Dia senior saya satu tahun sahaja dari
segi senioriti di universiti tetapi saya jauh lebih muda dari beliau dari segi
umur kerana saya fresh dari sekolah dan terus ke universiti.
Saya mengikuti dari dekat perkembangan kerjaya Sidek. Sidek bercerita bagaimana beliau datang dari keluarga susah. Bermula bekerja sebagai budak pejabat kemudian ambil kelas malam dan lulus SPM. Kemudian ke Maktab Perguruan. Mengajar di sekolah. Kemudian ambil kelas malam. Lulus STPM dan masuk ke Universiti Malaya.
Saya mengikuti dari dekat perkembangan kerjaya Sidek. Sidek bercerita bagaimana beliau datang dari keluarga susah. Bermula bekerja sebagai budak pejabat kemudian ambil kelas malam dan lulus SPM. Kemudian ke Maktab Perguruan. Mengajar di sekolah. Kemudian ambil kelas malam. Lulus STPM dan masuk ke Universiti Malaya.
Sidek lembut orangnya.
Berbicara dengan bahasa yang baik dan teratur. Beliau bergiat cergas dalam
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM). Diantara yang aktif waktu
itu ialah Syed Darwilah, Allahyarham Datuk Nasaruddin Jalil, Dr Oniah dan ramai
lagi. Saya terlibat dalam kumpulan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya
(PBMUM). Diantara yang aktif ialah Dato’ Rozai Shafian,Bekas Speaker Kedah.
Juga Tan Sri Muhammad Mohd Taib Bekas Menteri Besar Selangor.
Sidek juga mengajar di
Yayasan Anda, yang terletak di deretan kedai di Pantai Baru betul-betul di
depan pintu masuk Universiti Malaya. Sekolah Persendirian yang ditubuhkan oleh
Anwar Ibrahim,Datuk Kamaruddin Mohd Nor,Datuk Kamaruddin Jaafar bagi mambantu
anak-anak Melayu yang tercicir dari arus pendidikan. Ramai anak Melayu yang
miskin menuntut disini dan ramai yang berjaya dalam hidup. Datuk Zabidi Zainal
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, KPPA adalah bekas pelajar Yayasan Anda.
Semasa di universiti
hubungan kami rapat walaupun agak berlainan pendapat dan ideologi politik. Dia
Islamis dan saya nasionalis. Bila ada masa terluang sementara menunggu kuliah
selanjutnya, Sidek akan bersyarah panjang kepada kami tentang perjuangan Islam
dan Anwar Ibrahim. Bagi Sidek, Anwar adalah pemimpin yang akan memimpin umat
Melayu menuju ke kemuncak dan mesti berpaksikan Islam. Setiap lima ayat yang
diungkapkan oleh Sidek akan ditutup dengan menyebut perkataan “Pak Sheik”
bermaksud Anwar Ibrahim. Anwar adalah idola Sidek. Saya amat meluat melihat
betapa taksubnya Sidek kepada Anwar.
Anwar selalu masuk kampus
dan bercerita tentang dirinya yang terpenjara di Kemunting kerana membela
rakyat Baling, Kedah. Hampir setiap minggu ada saja program sebagini yang
dianjurkan oleh Sidek dan PMIUM. Dimata kami Sidek adalah Anwar dan Anwar
adalah Sidek.
Selepas lulus dari
universiti dan menamatkan Diploma Pendidikan saya dilantik menjadi Guru
Siswazah. Saya akhirnya menyertai UMNO dan aktif di Cawangan. Sebagai Pegawai
Pendidikan Division Satu,saya tidak boleh aktif dihadapan jadi saya bantu dari
belakang.
Hubungan saya dengan Sidek
berterusan. Bila Anwar menjadi Menteri Pendidikan dan berpejabat di Bandar Baru
Damansara, saya ditukarkan ke Kementerian Pendidikan sebagai Ketua Unit.
Adalah menjadi amalan Anwar
setiap hari Jumaat Anwar akan berjumpa dengan orang awam,orang kampong,
sahabat-sahabat beliau dan sesiapa sahaja tanpa temujanji.Anwar akan jamu
tetamu makan nasi bungkus. Amalan ini berterusan hingga beliau meninggalkan
Kementerian Pendidikan. Orang yang sentiasa saya jumpa dihampir setiap Jumaat
ialah Sidek. Macam-macam yang dia bawa cerita dan bilik saya akan jadi tempat
persinggahan beliau samaada sebelum berjumpa Anwar atau selepas jumpa Anwar.
Malah diantara tajuk yang
sentiasa dibawa dalam perbincangan kami bagaimana beliau katakan beliau lebih
layak menjadi EXCO jika dibandingkan dengan mana-mana EXCO Kerajaan Negeri
Melaka dan telah beliau nyatakan beberapa kali kepada Anwar untuk bertanding di
Melaka dan menjadi Ketua Menteri Melaka.
Saya memang tidak berminat
untuk mendedahkan hal keburukan Sidek pada ramai. Sebagai seorang Pegawai
Kerajaan yang telah bersara, saya selesa berihat dan membaca. Tetapi
akhir-akhir ini Sidek terlalu ghairah mencaci dan mencerca Anwar. Saya ahli
UMNO. Saya juga bukan pengikut Anwar tetapi pembohongan Sidek yang saya anggap
keterlaluan mesti dihentikan.
Sidek memang kaki bodek.
Kalau bercakap amat lembut dan bahasa bersajak. Orang lain bodoh belaka dan
dialah orang paling hebat. Kata-kata manis ini, bagi mereka yang kenal dia,
satu penipuan.
Allahyarham Datuk
Nasaruddin Jalil pernah beritahu saya bahawa Sidek setiap hari dan malam
menelefon beliau untuk lobi Anwar beri biasiswa supaya dia dapat buat Masters.
Akhirnya Anwar luluskan. Kemudian lobi Azmin untuk minta Anwar luluskan beliau
buat Ph.D Juga dia dapat. Bagi saya itu bukan kesalahan kerana Sidek ingin
memperkemaskan dirinya menjadi seorang ilmuan.
Tapi bila melobi
kawan-kawan di Selangor dan minta tanah dari Tan Sri Muhammad Mohd Taib,
Menteri Besar Selangor, itu ada sedikit masalah. Muhammad Taib beritahu
Nasaruddin dan saya yang dia telah beri tanah ‘prime land’ milik PKNS kepada
Sidek tapi Sidek jual tak sampai pun setahun diluluskan. Sidek ambil duit
taukeh Cina dan bayar premium kepada PKNS dan lebih dari separuh dia kebas
kerana Muhammad Taib jual tanah PKNS kepada Sidek dengan premium yang amat
murah. Saya yakin Anwar tahu hal ini. Muhammad Taib pernah menjadi Naib Presiden
UMNO dan dia tahu Sidek rapat dengan Anwar.
Sidek waktu itu Timbalan
Rektor berulang alik ke pejabat Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri
lobi Azmin, lobi semua orang untuk jadi Rektor UIA. Sebenarnya ramai Pensyarah
UIA yang lebih senior dari Sidek yang layak jadi Timbalan Rektor. Tapi kerana
pressure dari Pejabat Anwar Ibrahim, Sidek dapat jawatan itu.Jawatan Timbalan
Rektor. Saya orang UMNO saya juga tidak setuju dengan tindakan Anwar
menempatkan Sidek disitu. Sidek ada Ph.D dan kajian akedemik yang beliau
lakukan untuk Ph.D ialah berkenaan ‘Institusi Usrah (Study Circle) dalam ABIM.
Kita tidak pertikaikan Ph.D nya tapi bidang kajian itu, terlalu cetek untuk dia
menjadi Rektor UIA. Bila dia gagal ke jawatan Rektor UIA Sidek amat kecewa.
Bila Pakatan Rakyat
merampas Selangor Sidek berjumpa dengan Dr Wan Azizah isteri Anwar untuk melobi
ke jawatan Timbalan Naib Canselor UNISEL. Saya jumpa seorang Dekan UNISEL yang
dahulunya sama Jabatan dengan saya semasa di Kementerian Pendidikan. Dia kata
kami mungkin dapat ketua baru di UNISEL. Sidek Baba akan jadi Timbalan Naib
Canselor jika Tuanku Sultan setuju. Baru-baru ini saya dapat tahu orang yang
sekat Sidek dari dipertimbangkan ke jawatan itu ialah Anwar Ibrahim sendiri
bukan kerana faktor umur atau lain-lain tetapi bagi Anwar Sidek tidak
cemerlang. Sidek selepas mendapat Ph.D tidak pernah menulis apa-apa ‘memorable
academic paper’ dan tidak ada satu pun academic paper dalam International
Journal yang beliau hasilkan.
- Wartawan Rasmi Laman Reformasi
No comments:
Post a Comment