Thursday, December 6, 2012

Setahun berlalu


Setahun sudah berlalu sejak pemergian Abah menemui Ilahi. Sejak 7 Dis 2011, semua yang dilalui adalah pertama kali - tanpa Abah di sisi.

Sepanjang setahun ini memberikan aku perspektif baru pada kehidupan - bahawa aku ini calon jenazah. Semua yang diusahakan akan aku tinggalkan. Lalu apa yang akan aku bawa ke kuburan nanti. Itulah masa depan dan aku insaf peri pentingnya membentuk zuriat yang soleh sebagai jaminan masa depan.

Pernah aku mengungkapkan ini kepada saudaraku - betapa beruntungnya arwah Abah kerana mendapat anak-anak seperti kita. Yang tidak putus-putus mendoakannya supaya sentiasa mendapat keampunan dan rahmat Allah di alam barzakh sana. Abah dah selesai dengan tugasnya tapi bagaimana dengan kita?


Masa depan ialah masa di mana kita sudah tidak mampu beramal untuk diri sendiri. Masa itu kita tertunggu-tunggu doa dari anak yang soleh. Pastinya aku mengharapkan Sarah, Hajar, Amirul, Ariff dan Hadi akan mendoakan terus-terusan sehingga tibanya hari perhitungan. Itulah keputusan straight As yang menjadi sebenar-benar matlamat dan yang paling selamat. Inilah satu wasiat.

Al Fatihah untuk Abah. Dan aku berdoa semoga Allah mengampuni, merahmati, memberi kesejahteraan dan memaafkannya - abadan abada.

Tuesday, March 13, 2012

100 Hari

10 Muharram - 20 Rabiul Akhir 1433: Hari ni genap 100 hari pemergian abah menemui Tuhan Rabbul Jalil. Lebih tepat lagi jam 11.15 malam nanti. Kebetulan pulak hari ni Selasa. Sigh, masa terasa begitu pantas berlalu walau pada mulanya seperti merangkak-rangkak.

100 hari lepas, hari Selasa, seperti biasa pegi pasar malam - beli yong tau fu. Sempat bercakap dengan mak, lepas maghrib nanti nak pergi tengok abah.

100 hari lepas, pagi Selasa tu, terasa hati tu lain macam. Sebelum keluar ke ofis, terdetik dalam hati mungkin nak balik cepat hari ni, terus ke hospital tengok abah. Berkontemplasi dua tiga kali sepanjang hari tapi memandangkan masa tu baru empat lima hari restart kerja, so balik macam biasa jugak.

100 hari lepas, di sisi abah, aku tercari-cari surah Yasiin yang 'hilang'. So kali ni first time baca thru I-Quran dalam HTC. Lepas maghrib hari Selasa tulah kali terakhir aku bacakan Yaasin depan abah.

100 hari kini, satu milestone yang mungkin mak terlupa. Maka mak memilih berada di rumah itu yang kemudiannya menjadi salah satu punca abah menangis teresak-esak pada April. Abah never recovered.
100 hari kini, Alhamdulillah, memasuki juz sepuluh bacaan Al Quran yang didedikasikan pahalanya untuk abah. Ya Allah, sampaikan pahala bacaan itu kepada Allahyarham Ayahandaku Abu Talib bin Murah. Dengan rahmatmu Ya Allah, terangi dan lapangkanlah kuburnya. Amin.