"Ada sesuatu yang
tidak kena pada integriti Anwar. Integriti sangat penting tetapi kalau tampil
dengan imej yang tercalar mungkin orang luar boleh jadikan ini asas peras ugut,
apatah lagi orang dalam, apa lagi rakan-rakan komponen dalam pakatan
rakyat," kata pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,
Datuk Dr Sidek Baba.
"Bila saya masuk
(tahanan) ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri)(pada 1998) selama 16 hari saya
juga didedahkan siapa Anwar sebenarnya. Tidak mudah sekelip mata saya
terima," katanya.
EKSKLUSIF Ahli politik
ternama Malaysia, kaum kerabat dan rakan kongsi mereka antara yang memiliki
syarikat luar pesisir secara rahsia di Singapura dan British Virgin Islands
(BVI), menurut maklumat dari dokumen yang bocor.
Mereka termasuklah anak
lelaki bekas perdana menteri Mirzan Mahathir, Menteri Wilayah dan Kesejahteraan
Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin dan Micheal Chia, yang pernah
dikaitkan dengan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.
If one's own mother appears coming from the dead alive, it denotes one's relief from a distress he is in. Similar is the interpretation if one's father appears to him coming from the dead alive; but the scene of the father is stronger in its connotation than that of the mother.
Setahun sudah berlalu sejak pemergian Abah menemui Ilahi. Sejak 7 Dis 2011, semua yang dilalui adalah pertama kali - tanpa Abah di sisi.
Sepanjang setahun ini memberikan aku perspektif baru pada kehidupan - bahawa aku ini calon jenazah. Semua yang diusahakan akan aku tinggalkan. Lalu apa yang akan aku bawa ke kuburan nanti. Itulah masa depan dan aku insaf peri pentingnya membentuk zuriat yang soleh sebagai jaminan masa depan.
Pernah aku mengungkapkan ini kepada saudaraku - betapa beruntungnya arwah Abah kerana mendapat anak-anak seperti kita. Yang tidak putus-putus mendoakannya supaya sentiasa mendapat keampunan dan rahmat Allah di alam barzakh sana. Abah dah selesai dengan tugasnya tapi bagaimana dengan kita?
Masa depan ialah masa di mana kita sudah tidak mampu beramal untuk diri sendiri. Masa itu kita tertunggu-tunggu doa dari anak yang soleh. Pastinya aku mengharapkan Sarah, Hajar, Amirul, Ariff dan Hadi akan mendoakan terus-terusan sehingga tibanya hari perhitungan. Itulah keputusan straight As yang menjadi sebenar-benar matlamat dan yang paling selamat. Inilah satu wasiat.
Al Fatihah untuk Abah. Dan aku berdoa semoga Allah mengampuni, merahmati, memberi kesejahteraan dan memaafkannya - abadan abada.