Kita lihat fakta. Jangan ditakutkan dengan benda yang kita tak tahu.
Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts
Thursday, May 2, 2013
Fakta, bukan auta
Monday, April 29, 2013
Wednesday, April 24, 2013
Rasul Dahri Masuk TV? Siapa Bagi Kebenaran?
Mohon SEBARAN semua pihak DAN TINDAKAN dari Pihak berkuasa. Siapa yang jemput Rasul Dahri masuk stesen TV Malaysia. Siapa yang beri dia TAULIAH? Mohon SEBARAN DAN TINDAKAN dari Ustaz Ustaz yang punya "Authority".
Kesesatan Rasul Dahri.. apa kata Ustaz Azhar Idrus..
http://www.youtube.com/
Rasul Dahri dilabelkan sesat oleh JAKIM, cuba check
http://www.erapasca.com/ 2012/12/ pecah-berita-idola-ulama-mu da-umno-di.html
EDIT: Majlis Fatwa MENGHARAMKAN buku Encik Rasul Dahri
http://www.e-fatwa.gov.my/ fatwa-negeri/ pengharaman-buku-buku-tulis an-saudara-rasul-dahri-yan g-telah-diperakui-haram-0
Mohon KESEPAKATAN SEMUA PIHAK DALAM ISU INI. Bagaimana orang yang terkenal mendustakan ulama, di ban di Masjid Masjid seluruh Negara BOLEH MASUK TV AL HIJRAH dengan mudah. MOHON KESEPAKATAN!
EDIT: Majlis Fatwa MENGHARAMKAN buku Encik Rasul Dahri
http://www.e-fatwa.gov.my/
Mohon KESEPAKATAN SEMUA PIHAK DALAM ISU INI. Bagaimana orang yang terkenal mendustakan ulama, di ban di Masjid Masjid seluruh Negara BOLEH MASUK TV AL HIJRAH dengan mudah. MOHON KESEPAKATAN!
Monday, April 15, 2013
Lawak of the Year
![]() |
| Billboard Najib hina ahli UMNO sendiri |
Bila lalu kat lebuhraya plus tadi Yob ternampak lah satu PAPAN IKLAN BARISAN NASIONAL bukan main GAH rupenye, tapi.. hehehehe kelepok tepat kena batang hidung sendiri. UMNO sekarang ni bertambah meroyan, bangang sepanjang zaman..!
Kalau aku jadi UMNO baik bunuh diri je la. Kantoi je memanjang. Ini kes tunjuk kasut kat LGE neh.. last2 orang sendiri yang kantoi..
KAH KAH KAH
Friday, April 12, 2013
Tuesday, April 9, 2013
Cikgu Sidek: Tugasan
Fuhh..!! Senang sungguh
kerja pembangkang sekarang neh... Usaha melingkupkan Umno nampak gayanya lebih
dimonopoli oleh orang dalam Umno sendiri...
Banyak lagi pembongkaran akan dibuat lebih-lebih lagi pabila negara kita semakin hampir ke pilihanraya neh, tunggu... Salah satunya adalah minit mesyuarat bagaimana cara dan kaedah terbaik untuk Umno jahanamkan DS Anwar yang dimulai dengan surah Alfatihah dan disudahi dengan Wal'As...
Haha... hepi membaca....
Minit Mesyuarat Kumpulan KHAS Untuk Hancurkan Anwar Dimana Sidek Baba Sebagai Timbalan Pengerusinya...
Minit mesyuarat Alies Anor & Sidek Baba
Cikgu Sidek: Pendedahan
Pendedahan siapa Sidek Baba:
Pejuang Islam: Orang kesayangan Anwar Ibrahim
oleh: Hj Omar Abd Rahman, Ipoh, Perak. 1 Apr 2013
Saya mengenali Sidek Baba
sejak 1977 bila saya menjadi Mahasiswa Universiti Malaya dan Sidek menjadi AJK
Minggu Orientasi-UM.
Kami panggil dia Cikgu
Sidek kerana dia sudah dewasa umurnya.Dia senior saya satu tahun sahaja dari
segi senioriti di universiti tetapi saya jauh lebih muda dari beliau dari segi
umur kerana saya fresh dari sekolah dan terus ke universiti.
Cikgu Sidek: Ini mulanya
"Ada sesuatu yang
tidak kena pada integriti Anwar. Integriti sangat penting tetapi kalau tampil
dengan imej yang tercalar mungkin orang luar boleh jadikan ini asas peras ugut,
apatah lagi orang dalam, apa lagi rakan-rakan komponen dalam pakatan
rakyat," kata pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,
Datuk Dr Sidek Baba.
"Bila saya masuk
(tahanan) ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri)(pada 1998) selama 16 hari saya
juga didedahkan siapa Anwar sebenarnya. Tidak mudah sekelip mata saya
terima," katanya.
Sunday, April 7, 2013
Moneyfesto "LIE TO ME"
Omak Kau!!!!: RAKAMAN GAMBAR TERCATIT AYAT "LIE TO ME" KETIKA NA...: NTV7 telah istiharkan ketika Najib Razak sedang seronok khayal syok sendiri membentangkan manifesto BN untuk hadapi pakatan Rakyat pada PR...
Friday, April 5, 2013
Bocor: Ahli politik antara 1500 miliki offshore companies
EKSKLUSIF Ahli politik
ternama Malaysia, kaum kerabat dan rakan kongsi mereka antara yang memiliki
syarikat luar pesisir secara rahsia di Singapura dan British Virgin Islands
(BVI), menurut maklumat dari dokumen yang bocor.
Mereka termasuklah anak
lelaki bekas perdana menteri Mirzan Mahathir, Menteri Wilayah dan Kesejahteraan
Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin dan Micheal Chia, yang pernah
dikaitkan dengan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.
Thursday, July 28, 2011
Warkah untuk polis
Terlebih dahulu, pohon kemaafan jika warkah ini terbuka. Saya harap ia dapat dibaca oleh semua. Jika ada kebaikan, ambillah darinya. Jika tidak, campaklah ia ke tepi dan lupakan sahaja.
Ia hanya satu coretan dari seorang rakyat bawahan. Tanda cinta dan kasih kepada saudara yang saya lihat tercegat di segala penjuru negara atas tanggungjawab menjaga keamanan kita semua. Mata memandang, hati merintih dan berdoa agar tugasan saudara benar-benar diberikan pahala di sisi Tuhan dan diiktiraf di sisi rakyat.
Saudaraku anggota polis,
Kerja polis adalah satu kerja yang mulia kerana menjaga keamanan dalam negara. Penat lelah anggota polis dalam memastikan negara kita aman dan adil adalah pahala yang amat besar di sisi Allah jika pengamalnya jujur dan ikhlas.
Cegah kemungkaran
Saudaraku anggota polis,
Tugas seorang anggota polis - sebelum tugasan kenegaraan- sebenarnya adalah tugasan yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya iaitu 'Menyuruh Kebaikan, Mencegah Kemungkaran'.Itu moto asal pasukan polis. Sekalipun, tumpuan terbanyaknya kepada bahagian kedua iaitu 'Mencegah Kemungkaran'. Hakikatnya, polis berperanan menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah dengan dipastikan setiap penzalim akan dihalang, dicegah dan dihukum.
Jika itu tidak berlaku, masyarakat akan porak peranda dan menerima hukuman dari Allah. Allah berfirman: (maksudnya): “Telah dilaknat mereka yang kufur daripada Bani Israil melalui lidah Daud dan Isa bin Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang (sesama sendiri) perbuatan mungkar yang mereka kerjakan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-Maidah, ayat 78-79).
Nabi s.a.w pula bersabda: “Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukumanNya” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih).
Kami sebagai rakyat mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak polis yang telah menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah, kezaliman dan kerosakan.
Bahaya kuasa
Friday, June 17, 2011
Utusan sesat
Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mencadangkan pelukis kartun bertajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' yang disiarkan di Utusan Malaysia hari ini diheret ke mahkamah kerana menghina Islam.
“Kita syorkan supaya pelukis dan penerbit kartun ini didakwa atas penghinaan ke atas Islam," kata Yang Dipertua PUM, Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir dalam satu kenyataan lewat petang tadi.
Dr MAZA berpendapat "Saya tidak pasti, apakah kartunis Utusan itu hendak menghina Islam atau hendak menghina pihak tertentu. Jika dia bertujuan menghina Islam, dilakukan pula dalam keadaan yang sedar akal fikirannya, maka dia terkeluar daripada Islam.
Namun, jika dia bertujuan mengkritik salah faham sesetengah pihak mengenai perbezaan hukum zina dan rogol, maka itu tidak merosakkan imannya, bahkan satu sumbangan membetulkan fahaman yang salah.
Adapun jika dia bertujuan membohongi fakta yang dimaksudkan oleh seseorang, sehingga menimbulkan salah sangka, maka dia berdosa besar".
Subscribe to:
Posts (Atom)









