Sunday, June 19, 2011

Paper NSTP tak laku


Relax la sikit org kat NSTP. Circulation semakin merudum..

• NST sells only 73,000 on the street
• Berita Minggu loses 90,000 copies over three years

These charts are based on figures from the Audit Bureau of Circulation report for July-December 2010 newspaper sales. An image of an advance report to publishers was emailed anonymously to this blog. I have not seen the full report myself, but the image looks genuine enough — and the report will be out soon anyway. (ABC compiles and audits newspaper circulation figures.)

Sales of all four traditional titles are in decline:

• Berita Minggu dropped 30% drop since 2007;
• New Straits Times lost 26%
• Berita Harian and New Sunday Times both fell by 22%

Read more at: http://uppercaise.wordpress.com/2011/06/13/nst-sales-drop-2010-circulation-report/

Friday, June 17, 2011

Utusan sesat


Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mencadangkan pelukis kartun bertajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' yang disiarkan di Utusan Malaysia hari ini diheret ke mahkamah kerana menghina Islam.

“Kita syorkan supaya pelukis dan penerbit kartun ini didakwa atas penghinaan ke atas Islam," kata Yang Dipertua PUM, Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir dalam satu kenyataan lewat petang tadi.

Dr MAZA berpendapat "Saya tidak pasti, apakah kartunis Utusan itu hendak menghina Islam atau hendak menghina pihak tertentu. Jika dia bertujuan menghina Islam, dilakukan pula dalam keadaan yang sedar akal fikirannya, maka dia terkeluar daripada Islam.

Namun, jika dia bertujuan mengkritik salah faham sesetengah pihak mengenai perbezaan hukum zina dan rogol, maka itu tidak merosakkan imannya, bahkan satu sumbangan membetulkan fahaman yang salah.
Adapun jika dia bertujuan membohongi fakta yang dimaksudkan oleh seseorang, sehingga menimbulkan salah sangka, maka dia berdosa besar".

Monday, June 13, 2011

Kek pisang

imej dari myresepi.com
Usia ayah menjangkau 70 tahun, namun tubuhnya masih kuat. Dia mampu menunggang basikal ke kedai yang jauhnya lebih kurang 2 kilometer bagi membeli keperluan harian. Sejak kematian ibu 6 tahun lalu, ayah bersendirian di kampung. Lantaran itu, kami adik-beradik - 5 orang semuanya-bergilir-gilir menjenguknya.

Kami semua sudah berkeluarga, tinggal pula jauh dari kampung halaman di Teluk Intan. Sebagai anak lelaki sulung, saya mengambil tanggungjawab yang lebih. Selain itu, kami adik-beradik sering menelefon ayah bertanya khabar dan sebagainya. Setiap kali saya menjenguknya, setiap kali itulah isteri saya mempelawa dia tinggal bersama kami di Kuala Lumpur.

"Tak apalah, lain kali aja...!" jawab ayah. Puas 2 anak saya merayu-rayu, ayah tetap bertegas. Itu jugalah jawapan ayah kalau Kak Long mempelawanya, Kak Ngah mendesak ataupun adik-beradik saya yang lain merayunya. Bagaimanapun sesekali ayah mengalah. Namun sehari 2 berada di rumah anak-anaknya, dia minta dihantar balik. Ada-ada saja alasannya.

Suatu hari Januari lalu, ayah mengikut saya ke Kuala Lumpur. Kebetulan sekolah masih bercuti, seronoklah anak-anak saya bermain dan bergurau senda dengan atuk mereka. Masuk hari ketiga, dia merayu nak balik kampung. Seperti biasalah, ada-ada saja alasan tak logik yang diberikannya. "Saya sibuk ayah,tak boleh nak ambil cuti. Tunggulah sikit lagi, ataupun hujung minggu ni saya hantar ayah," balas saya. Anak-anak saya turut memujuk atuk mereka.

"Tak apalah kalau kamu sibuk sangat, belikan ayah tiket di Puduraya, biar ayah naik bas," katanya membuat saya bertambah kecewa. Memang ayah pernah berkali-kali naik bas pulang ke kampung sendirian.

"Tak usahlah..." kata saya memujuk dan merayu selepas makan malam itu. Ayah diam terus masuk ke bilik bersama cucu-cucunya. Bagaimanapun esok paginya ketika saya bersiap untuk ke pejabat, ayah sekali lagi berpesan minta saya belikan tiket bas di Puduraya. "Ayah ni, tak faham ke, saya ni sibuk, sibuuuukkkk!!!" balas saya terus keluar menghidupkan enjin kereta.

Saya tinggalkan ayah terkontang-kanting di muka pintu. Sedih saya tengok mukanya. Di dalam kereta, isteri saya memujuk. "Buat apa kasar sangat dengan ayah? Cakaplah elok-elok! Kesian dia...!" Saya terus membisu.

Sebelum isteri saya turun kereta sebaik tiba di pejabatnya, dia berpesan agar saya penuhi permintaan ayah. "Jangan lupa bang, belikanlah tiket ayah," katanya ringkas. Di pejabat saya termenung panjang. Lalu saya meminta cuti kecemasan, terus ke Puduraya membeli tiket Transnasional ke Teluk Intan. Pukul 11.00 pagi saya sampai ke rumah, terus beritahu ayah supaya bersiap."Bas bergerak pukul 2.00," kata saya ringkas. Saya mengaku bersikap agak kasar ketika itu kerana didorong rasa marah dengan sikap degil ayah.

Ayah tanpa banyak kerenah bersiap.Dia masukkan baju dan kain ke dalam beg sandang. Lebih kurang pukul 12.30 saya bergerak ke Puduraya. Dalam perjalanan lebih kurang 1 jam itu, sepatah pun saya tidak bersuara. Selalunya saya dan ayah akan bersembang panjang setiap kali naik kereta bersama. Ada-ada saja yang kami bualkan.

Hari tu ayah tahu saya marahkannya. Dia pun enggan menyapa saya. Tiba di Puduraya, saya terus menghantar ayah ke tingkat bawah stesen bas itu. Selalunya saya akan membimbing lengan ayah tapi hari itu saya biarkan ayah turun sendiri,cuma saya perhatikan agar langkahnya tidak terganggu.

Setelah saya pastikan nombor tempat duduk ayah, saya bersalam dan terus turun dari bas. Ayah langsung tidak memandang saya sebaliknya dia memandang ke luar tingkap. Ayah merenung jauh. Tepat pukul 2.00 bas bergerak. Saya pandang ayah tapi dia masih melemparkan pandangan ke luar tingkap mengelak daripada memandang saya. Setelah bas bergerak jauh, saya menaiki tangga menuju ke kereta. Semasa melalui gerai-gerai di hentian paling sesak itu, saya terpandang susunan kek pisang di atas meja. Langkah saya terhenti.